Secret for couples-Hacks and 1234..





Okay.Firstly Hi and Assalamualaikum :) Im Sharol Shazuan.Just ordinary boy that from malaysia.I'm 10+7 years old.LOL :p Okay hari ni aku nak post something yang buat aku rasa terharu kalau dapat buat macam ni dekat bakal girlfriend aku nanti.Okay,ini cerita yang aku reka sendiri okay.Tiada unsur peniruan atau pun copy daripada mana-mana.Apa yang sama hanya lah kebetulan,dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang mati.HAHA.Okay enjoy it :)

Dulu ada dua orang sahabat karib yang saling suka tapi diorang tak reti nak luahkan perasaan masing-masing.Takut si Lelaki tak dapat terima si Gadis,si Gadis pula tak dapat terima si Lelaki.Kesimpulan nya dua dua takut.Mereka mempunyai banyak persamaan.Mereka selalu sangat texting,keluar and pergi mana bersama.Hanya mereka berdua.Tapi sayangnya kedua mereka hanya menyimpan perasaan terhadap masing-masing.

Tapi ada satu hari tu si Lelaki ajak jumpa dekat taman untuk memberitahu sesuatu.So si Gadis pun janji dia akan datang tepat pukul 5 petang.Si Gadis menunggu dengan perasaan yang amat berdebar.Tapi malangnya si Lelaki tidak muncul-muncul.Tunggu punya lamaaaaaaaaaaa,akhirnya si Gadis berasa sangat marah dan menangis pulang.Si Lelaki pula masih tidak sampai dan tidak call atau pun msg si gadis untuk bagitahu reasonnya.Itu menambahkan sakit hati si Gadis,lalu si Gadis mengambil keputusan untuk tidak call atau msg si Lelaki tu juga.Di dlam hati nya terdetik perasaan yang marah teramat kerana perbuatan si Lelaki yang tidak mahu call dia langsung.Start hari tu hubungan mereka mula rengang.

Seminggu lepas tu,si Gadis mendapat tahu tentang si Lelaki mengalami kemalangan dan sedang koma.Kejadian itu berlaku semasa si Lelaki dalam perjalanan untuk berjumpa dengan si Gadis seminggu sebelum itu di taman yang mereka janjikan.Itu pun selepas adik si Lelaki teringat akan si Gadis yang merupakan kawan baik si Lelaki.Lalu si Gadis bergegas siap untuk melawat si Lelaki di hospital.Dia juga berasa sangat menyesal kerana menyangka si Lelaki sengaja melakukan dia sebegitu.Semasa sampai di bilik yang menempatkan si Lelaki,dia pun menangis kerana melihat keadaan si Lelaki yang amat menyedihkan.Si Gadis pun duduk menangis teresak-esak dan menyatakan rasa kesalnya kerana menyangka si Lelaki sengaja tidak datang hari itu.TIBA-TIBA,dengan izin Allah si Lelaki itu terbangun dan mengatakan sesuatu kepada si Gadis."Awak,awak jangan nangis,saya belum mati lagi :')"....Dan semua orang mula terkejut.Si Gadis dan si Lelaki pun memulakan perbualan.......

Lelaki:Awak menangis sebab saya?
Gadis:Tak lah,saya menangis sebab mak saya.Mesti lah sebab awak.
Lelaki:Kenapa awak nak menangis sebab saya?Saya bukan sesiapa pun dalam hati awak....
Gadis:SIAPA CAKAP?hmm.
Lelaki:Habis tu siapa saya dekat hati awak?
Gadis:hmm...Awak..awakkk.awakk.hmmmmmm
Lelaki:Saya apa?
Gadis:Awak belum lagi sesiapa di hati saya tapi awak memang dihati saya,sebab saya sayang kan awak.saya dah lama suka awak.Awak je tak pernah sedar :'(
Lelaki:*dengan muka terkejut* MasyaAllah,awak pun suka saya?Sebenarnya saya pun suka awak.Dan awak tahu tak kenapa hari tu saya ajak awak berjumpa?Saya nak bagitahu tentang ni lah.Tapi selepas saya beli bunga,saya bergegas lari sebab dah lambat.Malang nasib,ketika tu saya di langgar sebuah kereta.
Gadis:Betul ke awak?*mula tersenyum* :)

Lelaki:Betul!Awak tak percaya awak tengok dekat bunga ros yang saya beli tu.Ada sebuah kad.Awak baca lah.Dah layu sikit bunga tu tapi saya masih peluk time eksiden tu sebab saya nak bagi bunga tu dekat awak walau apapun terjadi dekat saya :)

...Si Gadis pun baca kad yang ada dekat bunga itu,tiba-tiba dia menangis.Dia rasa terharu sangat.Tertulis "CAN YOU READ THIS? 1.thing 2.do 3.words 4.you.I LOVE YOU :)".Ketika si Gadis sedang menangis si Lelaki bagi sehelai kertas kepada si Gadis.Di situ pula tertulis "Theres only ONE way,TWO say,those THREE words and thats what i'll do FOUR you.Really ILOVEYOU.Please be mine forever princess :)".Si gadis pun mengangguk tanda setuju untuk menjadi kekasih si Lelaki.Si gadis juga ingin memberi sesuatu kepada si Lelaki.Kebetulan ada seketul gula-gula HACKS,lalu si Gadis berikan gula-gula itu kepada si Lelaki.Si Lelaki dengan muka penuh tanda tanya ber tanya....

Lelaki:Kenapa awak bagi gula-gula ni?*Muka terkejut*
Gadis:Saya bagi gula-gula tu sebab dia nak suruh awak baca tulisan dekat plastik tu :)
Lelaki:Oh okay,HACKS.Kenapa dengan HACKS ni?
Gadis:Awak nak tahu ke?Tak payah lah,*acah-acah manja*.Tak payah tahu lah.
Lelaki:Saya nak tahu,sampai hati awak buat saya macam ni.*Mimik muka sedih*
Gadis:HAHA.Saya gurau jela.Okay,H.A.C.K.S tu ada bawa satu ayat yang memang bermakna..."Hanya Aku Cinta Kamu Seorang"...
Lelaki:*terdiam* *tesenyum* saya janji akan jaga awak sampai kita berkahwin.InsyaAllah :')

Beberapa tahun kemudian mereka akhirnya berkahwin.Meraka berkahwin disebab kan peristiwa yang membawa perasaan benci tetapi berubah sayang apabila sudah berterus terang.Kesimpulan cerita ni,korang kalau ada crush dekat sesiapa cepat-cepat lah luahkan.Kalau ditolak.sekurangnya kita mencuba kan?InsyaAllah kalau niat korang baik untuk bercouple,maka Allah swt pun bagi lah peluang dekat korang untuk bersama.Tapi jangan sesekali bercouple hanya atas tujuan memuaskan nafsu,berdosa.Tetapi tetapkan lah dalam hati korang unutk bercouple atas dasar cinta dan niat untuk menjadikan pasangan korang tu sebagai Isteri.InsyaAllah.Okay itu jela setakat ini.Assalamualikum.Bye :)

4 comments: