Ibu Ratu Hatiku (Full)


Hi assalamualaikum. lama tak update. fuhh berhabuk! Hahahah. Hari ni aku nak ceritakan something. sebuah cerita yg diinspirasikan dari mimpi. sebenarnya agak pelik apabila aku dah mimpi benda ni dua kali,sama pula tu. Demi Allah aku menangis apabila tersedar. Adakah ini suatu petanda atau anugerah dari Ilahi? Aku tertanya tanya pada diri. Cerita yg bakal korang baca tidak benar sama sekali dan tiada unsur peniruan. Aku hanya rimgkas kan ,kalau nak full memang smpai esok tak habis. hahaha. Enjoy it readers! :)

....Ceritanya bermula dengan sebuah keluarga yang mempunyai 6 ahli keluarga,seorang ibu serta 5org anaknya. Si ayah sudah meninggal dunia 3 tahun lepas. Anak pertama bernama Shazuan yg sudah berumur 17 tahun dan bakal menduduki SPM,yg ke-2 Shazlan, ke -3 Shazlie. Anak yg ke lima pula satu satunya adik perempuan dalam keluarga itu Qaseh.. Aku sebagai penulis telah meletakkan diri aku sebagai watak utama yang dipanggil Along/abang/Shazuan. Ibu pula bernama Ana :)
   
    Okay, hidup aku memang susah selepas kematian ayah, ibu terpaksa mengambil upah menjahit baju dan menjual kuih untuk menyara kami. Ibu selalu berusaha untuk menjadikan permintaan anak terlaksana dan nyata walaupun dirinya sakit dan penat.Pada tahun ini,aku akan menduduki peperiksaan SPM dan perlu pergi ke kelas tambahan,Tapi apabila aku fikir kembali,keluarga aku tidak mampu lalu aku pun melupakan hasrat aku itu kerana tidak mahu menyusahkan ibu.

   Tetapi ibu tahu niat ku itu dan memaksa aku untuk mengambil kelas tusyen,aku menolak berkali kali tapi ibu masih memaksa.Kerana aku tahu kalau aku rajin belajar dan memberikan tumpuan di sekolah ,kelas tusyen dan sebagainya tidak diperlukan asalkan ada usaha. Ibu tetap berdegil,dia cuba mengikhtiarkan. Lalu dia teringat akan makcik ku iaitu adik kandung ibu yang kaya.

   Makcik telah bersetuju untuk memberi  pinjaman asalkan geran tanah arwah atuk aku perlu di gadaikan kepadanya. Awalnya ibu enggan tetapi apabila mengingat balik nasib keluarga ibu terpaksa akur. Semenjak hari itu aku berusaha untuk belajar dan mendapatkan balik geran tanah itu. Kata ibu.... "wan,kau tu abang sulung.Ubah cara hidup kau,adik adik,keluarga kau. Jangan biarkan nasib bakal isteri dan anak macam ni. Kalau nak berjaya, berusaha tu kena gigih sikit. Solat jangan tinggal. Ingat peasan Ibu"....... Selepas hari itu aku menghadap buku selama berjam jam dengan niat untuk mengubah nasib keluarga dan salah satu kunci kejayan adalah doa. Selepas solat aku selalu berdoa..

   Pada suatu hari, aku baru balik dari kelas tusyen. Aku terkejut melihat adik ku Ali menangis di ruang tamu dgn muka yang berlebam. Adik ku Alan pula keluar untuk latihan bola sperti biasa. Apabila aku bergegas ke bilik ibu aku terlihat makcik ku memaksa untuk memberikan sesuatu dan anaknya hampir memukul ibu, Aku pun menepis tangan sepupu ku itu, Aku menengking kepada dia apa yang dia mahukan dari ibu. mereka menghiraukan lalu bergegas pergi. Ibu memeluk adik perempuan ku dalam keadaaan menangis teresak esak.Rupa rupanya makcik ingin mengambil adik ku untuk dijual kan kepada seorang jutawan yang memerlukan seorang anak angkat. Disebabkan ibu enggan mereka cuba merampas secara kasar. Alhamdulillah aku sempat balik. Ibu enggan kerana tidak mahu melihat keluarga kami terpisah.

   Setelah beberapa bulan selepas  peristiwa itu,mereka tidak datang lagi kerumah aku... Beberapa hari lagi aku akan menduduki SPM... Aku teruskan belajar belajar dan belajar. Pada hari aku duduk di dewan peperiksaan aku telah tanam kan dalam hati ku untuk mengubah hidup dan masa depan ku.Selama 4 minggu aku menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia akhirnya habis juga pada tarikh 1/12/2012 yang jatuh pada tarikh hari jadi aku juga :)

   Apabila pulang ke rumah ibu membelikan sebuah kek yang kecil. Aku amat bersyukur walaupun kek itu tak semewah yang aku harapkan.. Mulai hari itu hidup aku sudah bermula sebagai seorang remaja yang bakal mengharungi dunia mencari rezeki pula. Merasai kepayahan ibu mencari wang. Aku bekerja selama tiga bulan di KFC berhampiran dengan rumah aku.Pada suatu hari aku telah melakukan sesuatu tanpa pengetahuan adikku Alan,aku telah menghantar sms kepada teman wanitanya untuk meminta dia memutuskan hubungannya dengan Alan supaya Alan boleh menumpukan perhatian kepada pelajaran. Aku meminta gadis itu berhenti mengganggu Alan tanpa diketahuinya.... 

  *beberapa bulan selepas itu*

   Pada hari aku akan mengetahui result SPM..... setelah beberapa jam menunggu akhirnya cikgu memanggil namaku. Aku amat terkejut kerana keputusan aku agak cemerlang. Alhamdulillah straight A's.Semua guru mengucapkan tahniah kepada ku dan aku mengucapkan terima kasih pula kepada mereka kerana banyak membantu aku sewaktu belajar dahulu.Selepas mengucapkan terima kasih aku segera pulang kerumah dgn perasaan gembira yang teramat sangat untuk memberitahu ibu... Tetapi disebalik perasaan girang itu aku rasa tidak sedap hati. Apabila sampai kerumah sekali lagi aku lihat adik ku terbaring dalam keadaan lebam lebam di ruang tamu,dan dalam masa sama aku terlihat makcik aku keluar dari bilik ibu bersama geran tanah yg disimpan ibu.Ibu ku kelihatan lemah,lebam lebam dan mukanya berdarah kerana dipukul sepupuku.

   Aku berasa sangat geram lalu aku pun mencapai sebatang kayu besbol yang ada di dinding dan terus memukul sepupuku. aku memukulnya sehingga lemah, aku juga memukul makcik aku.. ketika aku memukul makcik aku itu,sepupu aku yg berada dlam keadaan lemah cuba menikam aku menggunakan pisau lipat miliknya tetapi ibu sempak menolak dia. Lalu aku memukul dia sekali lagi sehingga dia dah tak bernyawa kerana terlampau geram. walaupun ibu jerit kepada aku untuk berhenti,aku masih memukul dia..

   Ketika itu baru aku tersedarnya aku dah terbunuh seseorang.. Aku dengan perasaan takut lalu lari kedalam kawasan hutan yang ada dibelakang rumah. Aku bersembunyi di dalam hutan selama 3 hari kerana pihak polis mencari aku.Pada hari yg ke empat aku cuba untuk mencari adik ku untuk memberitahu sesuatu.Ketika itu aku terlihat dia di padang sekolah dan kebetulan tiada orang. Lalu aku menegur dia, dia agak terkejut melihat aku... Seleps itu kami berbual dan bermain bola sementara tiada orang. Semasa sedang bermain tiba tiba hujan turun dengan lebat,kami masih terus bermain dan ketika itu kami teringat kenangan silam bermain didalam hujan dulu bersama arwah ayah. Sedang seronok bermain aku dengan tiba tiba menyuruh Alan berhenti sebentar kerana ada seperkara yang ingin aku beritahu kepadanya..

Aku: Alan,kau nak tahu tak kenapa kau putus dengan Mira? *ex Alan*
Alan: Takpa lah bang, dah takda jodoh nak buat macam mana. Dia belum tentu isteri saya..lagipun bunga bukan sekuntum,beribu kuntum kuntum. *dia ketawa*
Aku: Sebenarnya bukan takda jodoh, dia memang sayangkan kau cuma abang yang paksa dia supaya jauhkan diri dari kau.
Alan: *terdiam*
Aku: Takpa lah kalau kau nak benci abang. Lepas ni abang dah takda dah. Abang minta maaf. abang harap kau boleh jaga adik adik dan ibu,kau belajar rajin rajin. Jadikan keputusan SPM abang yg dah tak berguna lagi tu sebagai pembakar semangat kau.Ingat kalau orang buat mak menangis jangan sesekali jadi macam aku sampai bunuh orang. Ingat ni!Kau ingat kan apa yg abang bagi tahu tadi?Abang nak pergi serah diri. ingat pesanan abang tadi :) Assalamualaikum

*lalu aku pun berlalu pergi*

Aku pergi kebalai polis berhampiran utk menyerah diri... Aku telah dibicara kan di hukum gantung sampai mati kerana kesalahan membunuh.. *pada hari terakhir aku*... Sebelum hukuman dijalankan aku meminta peluang untuk berjumpa dengan keluarga aku,kami bercerita tentang semua kenangan kami bersama arwah ayah. Aku dan ibu menangis sambil ketawa ketika bercerita,aku rasa sangat bahagia kerana dapat berjumpa dengan ahli keluarga aku di saat terakhir aku ingin " PERGI"..

*tiba tiba ibu diam dan cakap ini*

Ibu: Along,maafkan ibu. Sebab ibu Along jadi macam ni. Abang tak salah,ibu yang salah.. *sambil menangis*
Aku: Ibu, ini bukan salah ibu, Ini dah tertulis, semuanya takdir. Kita tak boleh melawan. Lagipun,anak mana yang tak sanggup membunuh demi ibunya kan? Along tak sanggup tengok orang cederakan ibu :')

*dahtiba masanya hukuman dijalankan* 

Aku:Ibu:Along minta maaf,halalkan makan minum along. Dan Alan ingat pesan abang dekat kau. Assalamualaikum.

  Seseorang lelaki menutup kepala ku menggunakan karung hitam dan dalam hati aku berasa sangat gementar.... Akhirnya Muhammad  Sharul Shazuan bin Shamsul Kamal telah menghembus nafas buat yg terakhir kalinya :") 

Tamat.......

 Dalam cerita ni kita boleh nampak yang seorang anak itu sanggup melakukan apa sahaja untuk ibu nya walaupun terpaksa membunuh. Jadi kan itu sebagai pengajaran,ibu bapa kita bukan tak sayang kita. Mereka sayang cuma kita je tak nampak,mereka suruh belajar so kita belajar sebab nanti semua tu.. semua result tu yang tentu kan masa depan korang. So ingat lah "Hargai sebelum pemergian mereka,jangan menyesal apabila sudah kehilangan". Okay itu jela. Anda boleh tinggalkan comment anda jika ada sebarang pertanyaan, ingin  "copy paste" atau pun pendapat.. Terima Kasih. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment